Powered By Blogger

Saturday 31 December 2011

28/12/2011-petang

Ntah kenapa aku call Si Maisara plak.Maisara ni kiranya member je tapi aku suka kalau dia ni jadi awek aku sebab dia ni baik giler.Dia pun suka juga berkawan dengan aku tapi sayang dia dah ade pakwe.Pakwe dia ni namanya Mamu,dah hodoh garang plak tu.Aku tengok muka pakwe dia macam nak belasah je.Aku call Maisara ni saje saje je nak tanya khabar,rupa rupanya dia tengah date dengan pakwenya.Ceh serabut ek lok.

Aku pergi ke cc untuk bermain game.Bosannya Cc ni dahlah takde aircond,tauke kedai ni memang tak mesra langsung.Patutlah takde orang yang main dekat sini.Lantaklah aku dah takde mood sekarang ni.
Aiseyman duit aku sikit aje ni mesti tak cukup nak bayar ni.pandang kiri pandang kanan 1,2,3 cabut.............................

28/12/2011-Tengahari

Aku pergi ke balai polis untukberkenalan dengan akak akak polis.Dah aku pergi balai polis mestilah nak buat report pasal motor aku hilang.Maka aku pun berhikayat dengan pak polisi tu pasal motor aku.Bagi keterangan dan aku minta sedikit kuih dengan pak polisi tu untuk jimatkan duit makan aku.
Time aku keluar dari balai polis,tiba tiba aku dikejutkan oleh satu suara,suara itu macam aku kena.Rupa rupanya suara hati aku suruh pergi tolong member yang minta aku jadi model tu tapi aku macam malaslah plak nak pergi bukannya dapat duit pun dahlah dia tu pereka fesyen amatur.Tak sesuai eh,...

28/12/2011-pagi(part2)

Pergi ke kedai paku,
singgah sebentar kedai ais batu,
kepada pencuri motorku,
Aku sumpah ko jadi batu,

Ini serius..........

28/12/2011-pagi

Kring Kring Kring bunyi jam loceng.Tak guna punya jam loceng asyik nak memekak je.Petang ni aku kena tolong orang jadi model plak.Aduyai aku tengok muka aku dicermin boleh tahan plak,patutlah ramai awek syok sama aku.Bangun pagi gosok gigi gunalah kodomen lion menyanyi plak aku.Bila citer pasal gigi ni memang agak sensitive gaklah sebab gigi aku ni boleh diketegorikan sebab buruk jugalah :(.Masa kecik kecik dulu tak pernah gosok gigi apatah lagi nak jaganya.Sehinggalah gigi aku gongok dan menjadi hitam,aku mulalah nak start menjaganya.Bila nak bergambar je aku tak pernah pun nak tunjuk gigi.Malu beb.Apasal aku citer pasal gigi aku plak ni?Malu malu.

Pagi ni pak cik nak layan dvd filem seram,tajuknya susah plak pak cik nak sebut tapi filem thailand.Pak cik tengok filem ni sampai nak muntah.Sapelah yang buat filem ni,memang gore nak mapus.Tutup Dvd aku malas nak tengok.Hindangan pagi ini biskut mery serta air kopi takde gula.Apapun aku kena terima juga sebab aku yang pilih cara hidup ini.Dulu sekolah selalu ponteng ah sekarang dah jadi macam ni :(

Aku lupa plak motor aku kena curi,tak guna!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday 28 December 2011

27/12/2011-tengah malam

Jangan kacau aku tido,tengah syok mimpikan awek pujaan aku.zzzzzzzzzz(ngigau)

27/12/2011-malam

Yeah sampai gak aku.Oh rumah burukku kau tetap disini menanti kepulangan ku.Aku sanggup buka berita semata mata nak tengok ada tak orang curi motor eksiden,puih takde plak yang ade cuma berita berita mengampu je.aku memang tak layan berita berita dalam tv ni semuanya menipu je.Time syok syok menyumpah tiba tiba phone aku berbunyi.Oh Mira rupanya.Dia ni pompuan yang bodoh sikit dan mudah sikit nak tipu dia.Dia nak minta tolong aku suruh jadi model kerana dia nak masuk pertandingan fesyen.hehehe mangsa baru dan dikesan hehehe nak pau duit dia nanti.

selamat malam semua,jangan lupa gosok gigi

27/12/2011-petang

Aku dah tau nak buat apa lagi,aku ronda ronda ibu negara ini memandangkan aku dah tak tau buat apa.Tak sangka aku ibu negara kini dah berubah,bangunan semakin tinggi,jam yang semakin teruk dan harga harga barang yang dah naik.Untungnya kalau jadi orang kaya bolehlah aku beli bangunan bangunan ni lepas tu aku letupkan aje,biasalah orang kaya boleh buat sesuka hati.Jalan.....jalan...jalan jalan cari awek

Member aku pernah cakap bila dia dah berjaya dalam perniagaan nanti dia nak tolong aku,tapi sayang aku pula yang kena tolong dia bayar hutang hutang along.Sekarang kerja dengan kerajaan je memandangkan dia kata orang melayu ni memang takde bakat dalam perniagaan.Hmmm macam sedih je apa yang dia katakan tu.Sabarlah bro ko kerja kerajaan tu memang dah berjaya dah.

Apa!!!!!!!!!!!!!!Motor aku hilang?sape curi ni?ARGGGGGGGGGGGGGGGG!Terpaksalah aku balik jalan kaki,bila jalan kaki ni aku menyumpah abis abisan mangkuk yang curi motor aku tu.Kalau boleh biar malam ni gak dia kemalangan hahahaha aku kena tengok berita malam ni