Powered By Blogger

Saturday 31 December 2011

28/12/2011-petang

Ntah kenapa aku call Si Maisara plak.Maisara ni kiranya member je tapi aku suka kalau dia ni jadi awek aku sebab dia ni baik giler.Dia pun suka juga berkawan dengan aku tapi sayang dia dah ade pakwe.Pakwe dia ni namanya Mamu,dah hodoh garang plak tu.Aku tengok muka pakwe dia macam nak belasah je.Aku call Maisara ni saje saje je nak tanya khabar,rupa rupanya dia tengah date dengan pakwenya.Ceh serabut ek lok.

Aku pergi ke cc untuk bermain game.Bosannya Cc ni dahlah takde aircond,tauke kedai ni memang tak mesra langsung.Patutlah takde orang yang main dekat sini.Lantaklah aku dah takde mood sekarang ni.
Aiseyman duit aku sikit aje ni mesti tak cukup nak bayar ni.pandang kiri pandang kanan 1,2,3 cabut.............................

28/12/2011-Tengahari

Aku pergi ke balai polis untukberkenalan dengan akak akak polis.Dah aku pergi balai polis mestilah nak buat report pasal motor aku hilang.Maka aku pun berhikayat dengan pak polisi tu pasal motor aku.Bagi keterangan dan aku minta sedikit kuih dengan pak polisi tu untuk jimatkan duit makan aku.
Time aku keluar dari balai polis,tiba tiba aku dikejutkan oleh satu suara,suara itu macam aku kena.Rupa rupanya suara hati aku suruh pergi tolong member yang minta aku jadi model tu tapi aku macam malaslah plak nak pergi bukannya dapat duit pun dahlah dia tu pereka fesyen amatur.Tak sesuai eh,...

28/12/2011-pagi(part2)

Pergi ke kedai paku,
singgah sebentar kedai ais batu,
kepada pencuri motorku,
Aku sumpah ko jadi batu,

Ini serius..........

28/12/2011-pagi

Kring Kring Kring bunyi jam loceng.Tak guna punya jam loceng asyik nak memekak je.Petang ni aku kena tolong orang jadi model plak.Aduyai aku tengok muka aku dicermin boleh tahan plak,patutlah ramai awek syok sama aku.Bangun pagi gosok gigi gunalah kodomen lion menyanyi plak aku.Bila citer pasal gigi ni memang agak sensitive gaklah sebab gigi aku ni boleh diketegorikan sebab buruk jugalah :(.Masa kecik kecik dulu tak pernah gosok gigi apatah lagi nak jaganya.Sehinggalah gigi aku gongok dan menjadi hitam,aku mulalah nak start menjaganya.Bila nak bergambar je aku tak pernah pun nak tunjuk gigi.Malu beb.Apasal aku citer pasal gigi aku plak ni?Malu malu.

Pagi ni pak cik nak layan dvd filem seram,tajuknya susah plak pak cik nak sebut tapi filem thailand.Pak cik tengok filem ni sampai nak muntah.Sapelah yang buat filem ni,memang gore nak mapus.Tutup Dvd aku malas nak tengok.Hindangan pagi ini biskut mery serta air kopi takde gula.Apapun aku kena terima juga sebab aku yang pilih cara hidup ini.Dulu sekolah selalu ponteng ah sekarang dah jadi macam ni :(

Aku lupa plak motor aku kena curi,tak guna!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday 28 December 2011

27/12/2011-tengah malam

Jangan kacau aku tido,tengah syok mimpikan awek pujaan aku.zzzzzzzzzz(ngigau)

27/12/2011-malam

Yeah sampai gak aku.Oh rumah burukku kau tetap disini menanti kepulangan ku.Aku sanggup buka berita semata mata nak tengok ada tak orang curi motor eksiden,puih takde plak yang ade cuma berita berita mengampu je.aku memang tak layan berita berita dalam tv ni semuanya menipu je.Time syok syok menyumpah tiba tiba phone aku berbunyi.Oh Mira rupanya.Dia ni pompuan yang bodoh sikit dan mudah sikit nak tipu dia.Dia nak minta tolong aku suruh jadi model kerana dia nak masuk pertandingan fesyen.hehehe mangsa baru dan dikesan hehehe nak pau duit dia nanti.

selamat malam semua,jangan lupa gosok gigi

27/12/2011-petang

Aku dah tau nak buat apa lagi,aku ronda ronda ibu negara ini memandangkan aku dah tak tau buat apa.Tak sangka aku ibu negara kini dah berubah,bangunan semakin tinggi,jam yang semakin teruk dan harga harga barang yang dah naik.Untungnya kalau jadi orang kaya bolehlah aku beli bangunan bangunan ni lepas tu aku letupkan aje,biasalah orang kaya boleh buat sesuka hati.Jalan.....jalan...jalan jalan cari awek

Member aku pernah cakap bila dia dah berjaya dalam perniagaan nanti dia nak tolong aku,tapi sayang aku pula yang kena tolong dia bayar hutang hutang along.Sekarang kerja dengan kerajaan je memandangkan dia kata orang melayu ni memang takde bakat dalam perniagaan.Hmmm macam sedih je apa yang dia katakan tu.Sabarlah bro ko kerja kerajaan tu memang dah berjaya dah.

Apa!!!!!!!!!!!!!!Motor aku hilang?sape curi ni?ARGGGGGGGGGGGGGGGG!Terpaksalah aku balik jalan kaki,bila jalan kaki ni aku menyumpah abis abisan mangkuk yang curi motor aku tu.Kalau boleh biar malam ni gak dia kemalangan hahahaha aku kena tengok berita malam ni

Tuesday 27 December 2011

27/12/2011-Tengahari

Makan di sebuah gerai yang kotor tapi nak buat macam mana duit tak banyak sangat,makanlah disitu.Cuma gerai makan ini ade sesikit nostalgia sesikit,dulu aku selalu ponteng sekolah dan tempat yang aku lepak dengan member member ponteng sekolah duk ngorat anak pompuan tauke gerai ni.Tapi tu dulu sekarang ni anak dia dah kawin dah.Hmmmm apasal sedap plak makanan dekat sini

Monday 26 December 2011

27/12/2011-pagi

Bangun bangun bangun hari dah siang.Yeahh harini aku nak mengemas rumah.Dut dut dut lagu Dangdut menjadi peneman pagiku.Rumah ni dah berkarat abis dah macam tuan dia.Ah banyaknya habuk dalam rumah ni.Time time mengemas rumah,aku terjumpa gambar aku dengan awek pujaan aku dulu(time sekolah).Aku termenung melihat wajah aku dan si dia dan untuk pengetahuan korang aku belum luahankan perasaan aku pada dia.Time sekolah dulu ramai pelajar syok sama dia termasuk cikgu.Ceh cikgu ni kacau daun plak,mengajar orang dahlah.Tiba tiba plak aku rindu sama dia.Elok elok lepas mengemas ni aku nak cari dia dalam facebook,kalau nak upah detective memang takde bajet plak.Aku log dalam facebook dan berusaha mencarinya.Pija nama dia,nama bapa dia aku tak ingat sebab aku bukan nak dekat bapa dia.Macam macam profile keluar ade yang guna gambar Lisa surirumah,gambar kereta,gambar kartun dan no photo.Macam kerja sia sia plak aku buat last last aku melencong mengedik dengan facebook awek awek cun.Sampai 5 bar chat aku layan.pagi itu main facebook je.

Pukul 11 pagi nak pergi jumpa member nak ambil balik ps2.Senang senang je pinjam tak bagi balik.U suck!Member aku ni tak kerja pun hanya harapkan subsidi dari mak bapa dia je.Lagipun dia ni pemalas sikit so sampai ke harini dia takde kerja.Kerja yang sesuai untuk dia ialah tido je.Sampai sampai je si bahloh ni pun cakap yang dia belum puas lagi main ps2 aku.So aku bagilah sesuap penumbuk untuk makan pagi dia.Best tak penumbuk aku?

Harta aku jadi hak milik orang lain,bagus bagus.

26/12/2011-tengah malam(part2)

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

26/12/2011-tengah malam

Tiada apa yang aku mampu buat malam ini selain menulis.Aiseh pandai plak aku tulis puisi ni.Hahahaha puji diri sendiri nampak.rumah aku ni kecik je dan sebenarnya aku tinggal dengan member aku yang bernama Usop.Usop ni aku tak tau hilang di mana ntah dah 2 bulan .Ke jangan jangan mayat misteri yang ditemui di longkang tu dia tak/Aku belum buat report polis lagi.ah biarlah bukan sedara aku pun.Time syok tulis tulis sajak dan diari ni tiba tiba je aku dapat panggil dari Lynn,dia sms suruh join dia punya private party haram jadah apa ntah.Bila fikir baik baik cam party haram je,rasa takut plak nak pergi tak pasal pasal masuk dalam harian metro sial.Mengantuk rasanya nak tido dulu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

26/12/2011-malam

Setelah penat dengan benda benda yang terjadi,aku layan tv je malam ni.Hmmmm ingatkan bolehlah rilek rupa rupanya api takde plak.Aduh boringnya kalau macam ni.Takpe takpe senang senang aku main sms je dengan awek awek gedik ni.Melissa?Esha?Ummie?hahaha sebenarnya tiga tiga sekali aku layan.Tapi lama lama diorang ni mengada gada plak,dahlah tu perasan aku syok sama depa,sorry ok korang tu tak menepati syarat syarat dan tema.Tiba tiba api pun ade balik,gua ingat nak layan citer jiwang jiwang plak malam ni.Hmmmm apa dah tv ni asyik ulang citer yang sama je?Nak tengok bukan lagi mahal lagi tapi citer ulang ulang.Ahhh tutup tv ajelah

Makanan yang biasa budak bujang makan ialah mee maggi,makanan yang murah serta mengenyangkan.Tapi ramai yang risau dengan tabiat aku ni sebab diorang cakap nanti rambut aku gugur,tak pasal pasal kena pergi yum nam.Aku memang mula mula risau gak sebab kalau dah botak nanti takde dah awek yang suka dekat aku.Namun cuma Mee Maggi je yang aku mampu beli,nak beli beras nak nanak nasi memang tak mampu beli,apatah lagi nak beli makanan luar.Takpe kalau rambut aku gugur aku pinjam rambut palsu erra fazira.

Syukur dengan nikmat yang diberi,aku plan nak date lagi dengan mana mana awek esok memandangkan aku belum dapat kerja lagi.Hmmmm ramai plak awek awek yang mengaku sibuk esok selalunya free je.Takpelah mungkin sebab diorang ni dah jumpa lelaki jambu plak.

26/12/2011-petang(part2)

Alamak lupa nak ambil kain jemuran

Sunday 25 December 2011

26/12/2011-petang

Ayoyo aku lupa plak petang ni aku ade temuduga plak.Aku terus balik ke rumah buruku untuk mengambil sijil spm,pmr,upsr,sijil tadika dan sebagainya.Aku terus boleh sara hidup pun sebab aku jadi part time jadi model dan juga jadi buaya darat.Kerja yang aku minta ni jadi maneger di sebuah bank,aku memang suka pegang duit banyak banyak ni.Aku tukar pakaian yang lebih kearah belia 4b hope tukang interview aku tu akan tertipu dengan penyamaran aku.Aku pun ade gak guna ayat ayat bomoh ni sebab dulu aku ade sikit belajar dengan bomoh tapi sayang kerana bomoh aku sekarang tengah berbahagia di hospital.Dengan menaiki motor yang aku beli guna duit ptptn,aku terus ke bank.

Wow ramainya yang datang,menyesal plak tak datang awal awal.Macam macam bau plak aku hidu ni,bau busuk cam T$%*&*& pun ada.Aku pun duk tepi dengan budak skema.Akhirnya nama aku pun dipanggil,orang yang jadi tukang interview muka macam bab!.Maka encik terhormat itu pun tanyalah soalan soalan tapi aku selamber je jawab.Tapi last last dia reject aku juga sebab dia dah ada calon dan calon tu tak datang pun tapi calon tu anak buah dia.Encik tukang interview,bukan muka lu je sebijik macam bab! tapi perangai ko memang bab!.Kalau dah ade calon apasal buat sesi interview ni wahai encik sial?

26/12/2011-Tengahari

Time aku blah dari si Linda tu tiba tiba aku terjumpa plak Hashim,bekas member aku.Dia dulu pernah jadi member aku time aku belajar di kolej swasta tak guna.Mamak ni memang sial aku boleh bilang dekat sini,member ni gaklah yang tikam belakang aku.Mangkuk ni boleh plak keluar date dengan awek aku yang aku dah lupa nama dia.Bila aku nampak sial aku maki hamun dia hahahaha baru puas hati aku,hahaha

26/12/2011-pagi

Yeahhh awal plak aku bangun pagi ni,biasalah hari ni aku ada date dengan anak orang kaya.Hahahahaha time time kering gini awek awek jenis ginilah yang aku cari untuk hehehehe pinjam duit?semacam plak ayat aku ni.Dalam phone aku ni banyak gila no no awek awek sampai kena buat 10 folder untuk jenis jenis awek,ade yang kaya,lawa,gedik,bijak dan macam macam lagilah.Awek yang aku nak jumpa ni nama dia Linda,anak seorang datuk aka tauke disebuah kilang arak.Aku heran betullah macam mana bapa dia boleh jadi tauke kilang arak?Aku tak taulah kalau kalau arak tu dah jadi macam air mineral plak bagi diorang.Oh ye Linda ni mula mula dulu duk gedik gedik nak bermesra dengan aku sampai aku dah naik loya tapi ada member aku cakap dia ni senang nak dipergunakan.Hehehe bak kata orang yang mampus pucuk dicincang ulam mendatang,ambil galah tolong jolokkan.Aku dah prepare dengan pakaian yang kemas dan juga bermakeup(yelah ingat lelaki ni tak perlu make up ke?).Alamak aku lupa plak nak gunakan bedak Cap Ikut suka hati bapa kau,jenama yang diyakini.Hehehe promo plak

Tempat date kitaorang dekat sebuah mall yang besar,Linda tak mainlah lepak tempat tempat murahan ingat dia nak sangat ke pergi tempat tempat macam tu.Dalam otak aku dah rancang nak pau duit si Linda ni tapi bukan curi ye tak gantlemenlah curi curi,aku minta terus je duit dari dia.Tapi Linda ni satu hal Janji pukul 10 pagi tapi datang pukul 11 pagi.Siallah pompuan ni memang janji melayu walaupun bapa tauke kilang arak.Aku tengok Linda ni bukan lawa sangat cuma oklah kalau nak gunakan dia.Aku temankan dia shopping baju,beg,dan seluar dadu.Dia kata shopping ni buat dia hilang stress sebab bapa dia nak kawin lagi.Mak Linda ni mampus sebab tercekik buah epal.Aku terpaksa dengar luahan Si Linda ni blah blah blah akhirnya aku blah je dari situ.Aiseyman aku lupa nak pinjam duit dari dia.Nak aku sms dia suruh bankin?